Make your own free website on Tripod.com
Tajuk esei

Tajuk esei :  Punca –Punca Pengangguran Di Malaysia                                      

Tarikh: 9 Julai 2004          

 

            Menurut laporan Kementerian Sumber Manusia, kadar penganguran dicatatkan pada 14.7 peratus pada penggal kedua 2004,berbanding 14.2 peratus pada penggal sebelumnya. Pada masa yang sama, diketahui kira-kira satu dalam setiap lima graduan universiti gagal mencari sebarang pekerjaan dalam tempoh 3 bulan. Perdana Menteri Malaysia, Dr.Abdullah Ahmad Badawi sendiri telah menyatakan bahawa pengangguran di Malaysia semakin serius dan perlu ditangani dengan segera.

 

           Menurut Dewan Bahasa, pengangguran ditakrif sebagai seseorang yang tidak mempunyai pekerjaan. Apabila seseorang tidak mempunyai pekerja, amat sukar bagi dia untuk menyara dirinya, apatah lagi sebuah keluarga. Orang yang menganggur lebih terdedah kepada gegala-gegala negatif seperti dadah, arak, pelacuran dan sebagainya. Seseorang yang menganggur akan lebih bergantung atas bantuan kerajaan. Namun demikian, perbelanjaan bantuan pengangguran telah mengembangkan lagi deficit belanjawan, seterusnya meningkatkan beban hutang negara. Kata pendek, kerajaan tidak boleh mengekalkan bantuan penganggurannya dalam jagka masa panjang.

 

       Dengan semakin meruncing masalah ekonomi sejagat, dijangka masalah pengangguran akan berterusan untuk jangka masa yang lama. Ini dikhuatiri akan menyebabkan masalah social yang kian merebak. Negara juga diancam kehilangan seratus billion ringgit kerana tidak berupaya menjana potensi tenaga pekerja yang menganggur. Pengangguran juga mengancam intistusi keluarga, seterusnya mengakibatkan kadar penceraian yang lebih tinggi. 

 

      Terdapat pelbagai punca yang menyumbang kepada peningkatan kadar penggaguran. Antara tahun 1995 hingga 2001, Malaysia telah berjaya menarik pelaburan luar negara berjumlah 127.6 billion ringgit. Pelaburan ini telah menghasilkan kira-kira sejuta pekerjaan setiap tahun antara tahun-tahun tersebut. Namun, akibat kemelesetan ekonomi sejagat jumlah pelaburan luar negara jatuh kepada kepada  hanya 1.7 billion ringgit pada tahun 2003, menyebabkan kadar penghasilan pekerjaan menjunam. Maka, negara kehilangan upaya untuk memberi pekerjaan kepada graduan-graduan universiti yang jumlahnya meningkat setiap tahun.

 

        Dalam usaha mengurangkan kadar deficit yang semakin meluas, kerajaan telah menswastakan beberapa syarikat awam untuk meringankan beban kewangannya. Pihak swasta yang mengambil alih syarikat milik kerajaan biasanya melakukan penstrukturan semula syarikat yang melibatkan pembuangan kerja. Motif utama pihak swasta adalah untuk menghapuskan segala kerugian dan memaksimumkan keuntungan dan kecekapan. Sebagai contoh, penswastaan syarikat Malaysian Airlines telah menyebabkan 7000 pekerja digugurkan.

      

 Penggabungan sesetengah syarikat juga boleh dijadikan faktor kadar pengangguran. Pengabungan sesetengah syarikat-syarikat tempatan untuk bersaing dengan syarkat asing telah menyebabkan penstrukturan semula yang menyebabkan pembuangan kerja. Selain itu, usaha banyak syarikat untuk mengurangkan kerugian akibat masalah ekonomi telah menyebabkan pembuangan kerja secara besar-besaran. Ketiadaan usaha kerajaan untuk menghalang senario ini telah menjadikan isu pembuangan kerja semakin tidak terkawal.

     

 Perkembangan ekonomi negara China turut mempengaruhi peningkatan kadar pengangguran. Kelebihan negara China yang mempunyai tenaga buruh yang lebih murah, kos operasi yang lebih berpatutan dan saiz pasaran yang jauh lebir besar menyebabkan syarikat-syarikat, tidak kira milik tempatan dan asing memindahkan pusat pengeluaran ke negara tersebut. Menurut majalah The Economist, kira-kira seratus ribu penduduk tempatan kehilangan pekerjaan kerana pemindahan kilang-kilang ke China, India dan Vietnam. Secara puratanya, seseorang warganegara China menerima pendapatan bulanan sebanyak hanya RM 500, berbanding dengan warganegara Malaysia yang berpendapatan RM 1500 sebulan. Oleh itulah, banyak syarikat telah memindahkan operasi mereka ke China.

 

     Keadaan kestabilan sejagat, khususnya di rantau Asia Tenggara yang semakin bergolak telah memberi kesan buruk kepada sektor pelancongan negara. Pada tahun 2001, sektor pelancongan telah menyumbangkan sebanyak RM 30.7 billion kepada ekonomi negara dengan jumlah pelancong asing mencecah 15 juta orang. Akibat insiden malang 11 September 2001 di Amerika Syarikat, jumlah pelancong asing ke negara kita menjunam kepada hanya lima juta orang sahaja. Ini telah memberi kesan yang teruk kepada sektor yang merupakan nadi kepada 10 peratus tenaga kerja negara. Industri yang bergantung kepada pelancong asing seperti industri perhotelan dan pengangkutan. Ramai terpaksa meninggalkan sektor ini untuk beradu nasib di sektor lain.

 

     Kadar pertumbuhan penduduk negara Malaysia yang tinggi boleh dipersalahkan kerana menyebabkan negara lebih terdedah kepada masalah pengangguran.  Kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi menyebabkan negara terpaksa berbelanja lebih untuk infrastruktur seperti hospital dan sekolah. Oleh itu, negara tidak dapat berbelanja dalam menyediakan pekerjaan yang cukup kepada rakyat. Dengan kadar pertumbuhan penduduk sebanyak 2.5 peratus, Malaysia mempunyai kadar pertumbuhan paling tinggi di Asia, berbanding dengan hanya 1.2 peratus di Thailand dan 1.1 peratus di Singapura. Secara puratanya, setiap keluarga di Malaysia menyara kira-kira empat anak, berbanding dua anak di negara-negara maju. Populasi Malaysia berkembang dari kira-kira 11 juta penduduk pada tahun 1980 kepada 22 juta pada tahun 2000, iaitu peningkatan penduduk sebanyak 100 peratus. Pada tempoh yang sama , populasi negara Australia berkembang dari 15 juta kepada 20 juta, ,peningkatan penduduk sebanyak 33 peratus sahaja. Malaysia dan Australia kini dihimpit masalah ekonomi sejagat, namun Australia mempunyai kadar pengangguran yang jauh lebih rendah kerana jumlah graduan lepasan universiti lebih rendah dan mampu ditampung kerajaan Australia.

 

             Pada pertengahan 1990-an, apabila ekonomi Malaysia berkembang dengan pesat, negara menjadi tumpuan pendatang asing dari Indonesia, Bangladesh dan Filipina yang datang mencari pekerjaan. Menjelang tahun 2000, terdapat kira-kira 2 juta pekerja asing di negara ini. Mereka  biasanya bekerja di sektor intensif buruh seperti industri pembinaan dan perladangan. Pekerja asing ini sanggup bekerja lebih lama untuk gaji yang amat rendah. Sikap penduduk tempatan yang tidak mahu bekerja sebagai bergaji sedikit dan berpangkat rendah seperti pelayan restoran, buruh pembinaan dan peladang estet menyebabkan sektor-sektor ini menawarkan peluang yang luas untuk pekerja asing.

 

           Sikap pekerja tempatan juga perlu dipersalahkan, mereka mempunyai sikap yang buruk. Mereka sentiasa menuntut gaji yang tinggi dan hari cuti yang banyak sebagai syarat perlantikan mereka di sesebuah syarikat. Pekerja tempatan mempunyai sikap ‘malas’ kerana selalu datang kerja lewat dan bersikap ringan tulang  ketika waktu bekerja. Mereka yang bekerja pula gagal mengikut kursus-kursus atau belajar semula di universiti untuk memperbaharui kepakaran dan meningkatkan kecekapan. Oleh itu ,kepakaran yang ada cepat luput. Insiden ini berlaku secara kerap di sektor perkhidmatan seperti industri teknologi maklumat. Industri ini memerlukan pekerja-pekerjanya memperbaharui kepakaran mereka kerana perkembangan teknologi yang pesat.

 

         Kerajaan perlu mengambil langkah-lamgkah segera dan bijak untuk menangani isu pengangguran yang kian meruncing. Rakyat juga perlu membantu kerajaan dan menggubah sikap jika tidak mahu terus menganggur. Kata pendek, semua pihak perlu berganding bahu untuk menyelesaikan isu yang serius ini. Kita tidak mahu generasi akan datang terpaksa mencari pekerjaan di negara asing kerana negara sendiri tidak dapat menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduknya.